Wednesday, March 19, 2014

Rezeki


Alhamdulillah..
Syukur pada Mu Allah, atas rezeki yang Engkau berikan

Sesuatu perkara perlu ada usaha, doa dan tawakal
InshaAllah..rezeki Allah itu luas

Tahniah untuk Encik Suami..
Persoalan yang telah terjawab



Moga Allah merahmati dan melindungi setiap langkahmu
moga rezeki ini sentiasa dalam redha Allah
Amin..

Monday, March 3, 2014

Anugerah Terindah


Alhamdulillah..syukur kepada Mu Ya Allah...
Kerana kurniakan kami anugerah yang terindah
Jaga kan dia untukku Ya Allah

Perasaan yang sukar untuk digambarkan
Hanya airmata kegembiraan dan kesyukuran menitis 
saat degup jantungmu kedengaran..
Indahnya perasaan ini
Saat gerak geri mu menjadi perhatian

Kini..
Aku belajar erti sebuah pengorbanan
aku belajar erti kasih sayang
betapa eratnya sebuah jalinan
antara kita

Saat kesakitan yang aku rasai
tiada satu keluh kesah pun yang aku ingin lontarkan
hanya sebuah senyuman
betapa aku menghargai kehadiranmu

Pada Mu Yang Satu..
Ku mohon pelihara lah dia selagi dia ada denganku

" Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri 
(dengan tidak meninggalkan zuriat), 
dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."
[Surah al-Anbiya : ayat 89]

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon