Friday, April 26, 2013

SEGMEN USU TAMAT DAH........

 

Elo semua.....lamanya Usu tak menulis kat sini..
Salu jenguk rumah ni pun hanya guna phone je..
Huhuhu....
Sempena hari Jumaat yang indah dan damai ni, Usu nak bagitahu
Segmen Usu dan T.A.M.A.T..
Sepatutnya segmen tersebut TAMAT semalam, pada pukul 11.59 malam...
Tapi kan......
Ada kesah disebaliknya....kenapa Usu tak dapat nak rasmikan penutupannya semalam..
So....Usu minta maaf lah ye..

Ok...terus kepada tajuk entry..hehehe
Kepada yang join segmen Usu...


dan Salam Perkenalan dari Usu...

Senarai pemenang pula, inshaAllah Usu akan umumkan petang ni(kalau takde aral melintang)....ataupun selewat-lewatnya 29 April 2013 (Isnin)...Harap korang sabar k..

Erm,......nampaknya, setakat ni je lah dulu celoteh Usu..

Peace Yo!!!!!

Jumpa lagi....

Saturday, April 6, 2013

1st SEGMEN SELAMAT HARI LAHIR BY KATHY

*Korang nak join...klik je banner*
Usu dah penuhi semua syarat
Untuk Kak Khaty


Doa Usu 

Semoga Allah melindungi setiap langkah akak dan keluarga 
dikurniakan umur yang bermanfaat
rezeki yang halal
ilmu yang berguna
akhlak yang terpuji
dipermudahkan jalan untuk melakukan ibadah kepadaNya..
dan dirahmati Allah dunia dan akhirat
Amin~

Walau kita tak pernah bersua muka, tak pernah mengenali antara satu sama lain...Allah temu kan kita di sini..
Untuk bersahabat, untuk menjalinkan ikatan ukhuwah dan mengeratkan silaturahim sesama kita...
Semoga ikatan ukhuwah antara kita sentiasa mekar tak layu
harum sentiasa
Untuk Kak Khaty, Salam Perkenalan dari Usu...

Untuk Ibu (Mahani bt Lias) dan ayah (Hj Saibi bin Hj Apah) tersayang...



Ibu..
Walaupun darah kita berbeza
Walaupun aku tidak lahir dari rahimmu
Tak pernah sedikitpun kau bezakan kasih sayangmu terhadapku
Kau curahkan kasih sayang sepenuh hati
Kau sentiasa membahagiakan aku

Ayah...
Walaupun kau bukan wali ku
Aku tahu, kau ikhlas meyayangi
Kau tak pernah kenal penat lelah mencari rezeki
untuk kami
Kau didik aku jadi anak yang berguna

Ibu, Ayah...
Kini...raut tua mu
Sentiasa meruntun jiwaku
Mengingatkan ku pada
pengorbanan yang pernah dicurahkan
Tiada bicara indah yang dapat aku susunkan
Hanya doa mampu ku titipkan

Ibu, Ayah...
Maafkan jika tak terbalas jasa dan budi mu padaku
Tapi...Sedaya upaya ku..
Aku akan membahagiakanmu.
Walaupun apa yang ku beri
tak sebesar mana yang aku terima selama ini

Terima Kasih Ayah dan Ibu...
Kalian jantung hatiku..


Untuk Ayah dan Ibu Kandungku

Walau kita tak pernah bersama
Jasa dan pengorbanan kalian padaku
Aku akan kenang sampai bila-bila
Moga Allah sentiasa memberkati kalian
Terima Kasih,
Kerana kalian aku ada disini


Untuk Kakak Sulungku

Ketika aku kecil dulu
Kau lah mama aku
Kau jaga aku
Kau korbankan masamu
Untuk membesarkanku
Kau dodoi aku
Kau tempat aku bermanja
Bila aku dah besar dan sekolah
Kau lah guruku
Kau penasihat terhebat aku
Kau pendengar setia aku
Kau peguam aku
Kau doktor aku
Kaulah segala-galanya untukku
Kakak.....
Andai dapatku balas jasamu
Akan ku balas semuanya
Aku sayang kamu...
Terima Kasih kakak
Jadikan aku 
Anak kesayanganmu
Sahabat karibmu
Maafkan aku jika banyak salahku padamu..


Bingkisan doa untuk ibu, ayah(kandung dan angkat) dan juga untuk Kakak Sulungku(jaga aku dari kecil sampai aku besar)

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Amin ya Rabbal 'Alamin...."

Sesungguhnya aku meyayangi mereka Ya Allah...

Notakaki: Maaf Kak Khaty, entry ni panjang berjela.....

Thursday, April 4, 2013

KENAPA BENDA NI ASYIK BERMAIN-MAIN DI MINDA...???TAK NYENYAK TIDO KITA..SOB..SOB...


Aher-aher ni asyik fikir benda ni je.....wahhhh...bila aku nak dapat benda ni....
Makan tak kenyang..
Tido dah tak lena...
Mandi tetap basah...
Huhuhu...

Tergoda dengan benda alah ni...
Ada tak segmen menang novel kat bawah ni...
Aku nak join...
^_^
Teruja..








" Segmen Follow April hingga Disember 2013"



  • Usu dah penuhi semua syarat..
  • Klik banner comey kak omei kat atas if korang nak join
  • Kak Omei yang comey...usu join ^_^

Wednesday, April 3, 2013

'' #2 Topup GA by NAJAH''


*klik banner*

  • Usu dah penuhi semua syarat(simple je syarat dia)
  • Tamat pada :28 April 2013 | 11.00 p.m
  • Usu guna DIGI ^_^

Mini GiveAway by ainamansor.com

Bismillahirahmanirrahim...

 photo bannerGA-2_zpsa0ed0dc9.gif


Langkah mudah untuk join:

1. Klik link 1 dan 2, tunggu sampai habis loading! Kalau tipu, tak berkat oooo :p

2. Follow Aina Mansor, Sheila Salim, Normi Nieza, Farah Waheeda, Budak Vanila dan Adam Faiz

3. Add to G+ Circles +Aina Mansor dan +Farah Waheda Wahid

4. Like page

5. Buat entri bertajuk Mini GiveAway by ainamansor.com

6. Copy coding yang disediakan dan pastekan ke dalam entri

7. Tinggalkan URL entri dalam ruangan komen ini SAHAJA!

Terpulang untuk tag blogger lain ataupun tak :)

Senarai hadiah:
Top referral
URL blog akan diblast kepada 10,000 cbox menggunakan software Referrer X
Kelebihan : UV akan meningkat dan follower akan bertambah

Random.org
Blog review x 5 - Farah Waheeda
Topup RM5 x 2 - Normi Nieza
Blog review - Budak Vanila
Topup RM 10 x 1 - Sheila Salim
Blog review x 3 - Sheila Salim
Banner blog x 2 - Adam Faiz
Tapak iklan x 2 - Adam Faiz
 29/3/2013 - 29/4/2013
notakaki : klik banner kalau nk join k(untuk memudahkan korang)..sebab button like page(no.4) lam entry usu ni..macam berproblem je...huhu..

" Segmen Santai bersama SwA "


*Klik gambar untuk join*

  • Dah penuhi semua syarat
  • Tarikh Tutup Segmen : 20 April 2013
Saya JOIN......hehehe...
Mai le join sekali~


Buah Tangan Dari Blog Paly~

*Keychain Comey~

Hureyyy......buah tangan dari Blog Paly dah datang..
Tq Mr. Posmen tolong antar ke alamat Usu..
Usu pernah join segmen INI 
dan tersangatlah tak sangka terpilih jadi salah seorang pemenang...
Tq ya Blog Paly
sebab bagi buah tangan yang sangat comey...

Tengok entry Usu yang >INI<



Monday, April 1, 2013

SEGMEN: KENANGAN TERINDAH BY USU

Elo ebelibadi....korang semua sihat ke hari ni..?Usu alhamdulillah, sihat je...Ok lah semua, untuk mengelakkan Usu daripada terlebih merapu...kita ke isi kandungan entry ni...
Hari ni, SABTU ( 30/3/2013), tepat pada pukul 11.25 a.m..(saat entry ini ditaip), Usu nak buat satu segmen..cer tengok bawah...

Dah tengok dah kan...tahu dah apa nama segmen Usu kan...tengok doodle tu..**Abaikan doodle burok saya..haha...first time lukis doodle...Segmen : Kenangan Terindah....hehehe...Usu takde idea lah nak letak nama apa..

Ok, kita tengok syarat-syaratnya pulak..
  • Warganegara Malaysia
  • Semestinya Follow blog Usu..yang dah Follow, abaikan syarat yang ini
  • Buat satu entry bertajuk SEGMEN : KENANGAN TERINDAH...by Usu
  • Jangan lupa...tempek doodle burok Usu kat atas tu dalam entry korang..
  • Dan.....dalam entry korang tu...korang kena letak SATU PHOTO..dan ceritakan serba sedikit kenangan terindah korang disebalik photo itu...takde idea nak buat cerita..???heheh..takpe..korang buat puisi, sajak, pantun or apa2 sahaja yang mudah bagi korang k..
  • Backlink kan entry korang dalam kotak komen entry ini sahaja..
Tu je syarat-sayaratnya yang korang kena penuhi..hehe..ok..tengok bawah ni pulak
  • Segmen akan tamat pada 25 APRIL 2013 / 11.59 p.m
  • Segmen ini akan terbatal sekiranya peserta kurang daripada 20 orang
  • Hadiah akan ditambah sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan
  • Pemenang akan ditentukan oleh BFF Usu(sebab mereka adalah sponser utama dalam segmen) dan melalui Random.org
#Ada yang tanya kat Usu boleh tak letak gambar lebih daripada 1, kawan2 Usu...boleh je kalau nak letak lebih k...sory sesangat k..Usu terpaksa mengedit entry ni..hehe :)
**Sekiranya segmen ini terbatal(peserta kurang daripada 20 orang)...buah tangan tetap ada untuk peserta yang dah join :)

Hadiah Segmen
Senarai Peserta(akan diupdate)

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon