Thursday, March 28, 2013

Satu Usaha~

Buah Zuriat / *ada orang panggil Buah Adam Hawa

Alhamdulillah, murah rezeki hari ini...dapat sepasang buah zuriat, pemberian daripada seorang sahabat..Makseh bebanyak atas pemberian tersebut...Semoga Allah murahkan rezeki awak, sahabatku.....Amin..
Saya percaya rezeki Allah itu luas..takdir Allah itu indah, semuanya ada hikmah..usaha, doa dan tawakal..Hanya salah satu ikhtiar...segalanya adalah ketentuan Allah..dan ketentuan Allah itu adalah yang terbaik...
*Doa Nabi Zakaria*

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. 
(Surah Al-Anbiya, ayat 89)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali-Imran, ayat 38)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) 
(Surah Ali-Imran, ayat 200)

Sumber : >KLIK<

6 comments:

Nao Mei said...

Tiada yang paling indah kecuali berserah kepada ketentuan NYA

Bin Muhammad said...

Salam,
Nak dibuat ape dgn buah tu? Makan begitu saje?

deno said...

buah zuriat? first time dgr ^^

Puteri Mama said...

@Nao Mei yup..atg dn jipo :)

Puteri Mama said...

@Bin Muhammad salam...satu usaha nk dpt zuriat...tp, semua tu ketentuan Allah..dengar kata, buah tu kena rebus dulu..air rebusan tu utk diminum..ada kat Mekah je :)

Puteri Mama said...

@deno yup..buah zuriat..cuba deno tanya Mr.Google.hehehe :)

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon