Wednesday, February 13, 2013

♥♥Ulang Tahun Ke 3...♥♥

Elo...elo...elo.....Lama dah aku tak merapu kat sini kan???..Rindulah kat korang semua...Cuti CNY hari tu, aku balik kampung..kat kampung kita kan, line internet ada, tapi sangat-sangat slow..hehehe..tu sebab tak update blog..
12022013 : 3 tahun dah bergelar isteri kepada Encik Suami..sedih jugak sebab semalam tak dapat post entry(tak sempat nak on lappy sebab letih sangat, datang dari kampung hari dah malam dah)..sebagai kenangan..boleh ler nanti bila dah tua tengok-tengok balik apa yang dah kita tulis kan...hehe..
Ok, takpe...pujuk hati agar jangan sedih..tak baik sedih-sedih nie taw...
Jejari sibuk nak buat satu entry..biar jadi memori yang indah di kemudian hari..
12022010 (Jumaat) ; 25 Safar  1431H
Memori terindah pernah terlakar dalam hidup ku...tarikh yang tak pernah aku lupakan sampai hari ini..bila aku diijabkabulkan dengan insan yang aku sayang....menitis jua airmata kesyukuran bila dia sah menjadi suamiku...Ya Allah, betapa indah takdirMu..menghadirkan dia sebagai pelengkap dan pendamping hidupku..
✿Selesai Akad Nikah
14022010 (Ahad) ; 29 Safar 1431H
Bersaksikan keluarga dan sahabat handai..kami diraikan dalam satu majlis yang sederhana..takpe, walau tak sehebat mana...kami rai kan ikut kemampuan kami..berkongsi kegembiraan ini dengan keluarga dan sahabat sudah memadai bagi kami..terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan kami..
✿Sanding

Setelah 3 tahun
Terlalu banyak suka duka, pahit manis yang kami lalui bersama...dugaan yang datang menjadikan kami lebih matang dan tabah..Alhamdulillah..hari ini kami masih bersama, menyemai benih-benih cinta dengan baja kasih sayang..Kami banyak belajar
 benda baru..menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing..Doa saya semoga jodoh kami selamanya..dipanjangkan jua usia..dimurahkan rezeki.dikurniakan anak-anak yang soleh.Walau hari ini kami masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata, inshaAllah...jika ada rezeki itu untuk kami nanti, moga kami sentiasa bersama ke hari tua melihat anak-anak membesar dan menimang cucu-cucu kami...Amin Ya Rabb~
Untuk Suami yang tersayang...
Terima kasih kerana sudi menjadikan aku sebagai suri hidupmu...Maafkan jika pernah aku melukai hatimu...maafkan jika ada silapku terhadapmu..tanpa sedarku...Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang suami yang sempurna dimataku..baik kepada keluargaku...sentiasa menjadi tulang belakangku..tak pernah mengeluh dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga..Aku tidak meminta harta berjuta, cukuplah untukku kejujuran, kesetiaan dan kasih sayangmu..Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkahmu suamiku, dan moga Allah permudahkan segala urusan kita..
Amin...
✿12022013-hubby makin gumok  -。 
Ya Allah, Tuhan yang telah menyatukan dua hati ini, Kau campakkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayng antara satu sama lain sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah

3 comments:

Nao Mei said...

http://www.fizgraphic.com/2013/02/big-giveaway-by-cikgu-fizi-fizgraphic.html

jom mero join segmen eh..hihi

mama_saly said...

As salam..
happy anniversary..
smoga kekal bahagia hgga ke syurga.

salam kenal & follow sini

Puteri Mama said...

@mama_saly salam perkenalan..tq dear..ok, saya follow awak :)

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon