Friday, February 22, 2013

✿Penghulu Segala Hari ✿

Semoga Jumaat ini memberi keberkatan kepada kita...Penghulu segala hari..hari ni saya tak nak marah-marah..maafkan salah orang kat saya..pujuk hati supaya tenang...InshaAllah.
Antara Kelebihan Hari Jumaat
Berlakunya Hari Qiamat
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasullullah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

Penghulu Segala Hari
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
 “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Kebaikan Dengan Memotong Kuku
Ibnu Masud berkata,
 “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasullullah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Jumaat, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

8 comments:

ikhwan yusuff said...

perkongsian yang menarik...:)

Puteri Mama said...

@ikhwan yusuff thank ya.. :)..

Selipar Putih said...

nice share akk chomell

Meyra John said...

Mari support all this contest dear! ^^ Thanks a lot, harap kamu dapat joined.

http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/sky-skype-skyping-by-selalulalu.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/tumblring-time-by-selalulalu.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/mencari-blogger-and-instagrammer-yang.html

Puteri Mama said...

@Meyra John ok dear...inshaAllah,akak try k...line slow tu sebab byk segmen yg akak blum join... :)

Puteri Mama said...

@Selipar Putih tq selipar putih :)

zulaika zulkifly said...

nice entry ! amboi , comelnya lesung pipit dia , adore ;)

Puteri Mama said...

Hehe....tq dear :)

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon