Saturday, January 26, 2013

Migrain

Ha.....tahu kan citer apa saya nak tulis dalam entry ni...???Yup..semestinyer citer tentang MIGRAIN...Malam tadi memang tak dapat nak angkat dah...kena serangan migrain ni...dari petang sampai ke malam, memang kepala ni rasa sangat-sangat berat...rasa loya, nak termuntah dan berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala...Saya kalau dah tak cukup tidur tu memang senang ler migrain ni nak datang...tak yah dipelawa atau diundang..Ada orang kata migrain ni adalah masalah keturunan (gene)..yeker...??Tak pasti pulak kan...dengar orang kata je...tapi, abang saya memang ada migrain...sama macam saya...
Saya pernah terbaca satu info ni yang mengatakan migrain berpunca dari salur-salur darah dalam kepala yang mengembang dan menguncup secara mengejut..agaknyer betul lah kot...apa-apa pun, cer baca yang selanjutnya di bawah ;

Sebab-sebab Migrain

  • Tekanan
  • Gangguan tidur atau tidur berlebihan
  • Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
  • Bau yang menusuk
  • Merokok
  • Alkohol
  • Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrataspartame
  • Kafein
  • Cahaya terlalu terang

Ciri-ciri Migrain
  • Kepala rasa seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke mata dan hidung
  • Kesakitan yang teramat sangat dan rasa berdenyut-denyut pada sebelah bahagian kepala
  • Pandangan menjadi kabur, silau dan gelap sementara (kadang rasa nak rebah)
  • Tekak rasa loya, rasa nak termuntah dan berpeluh..tangan jadi sejuk
  • Sensitif pada bunyi dan cahaya, kerana ia memang menyakitkan
  • Serangan selalunya berlarutan selama 4- 72 jam (Fakta, bukan rekaan semata2..hehehe)
  • Sesetengah pesakit akan mengalami bengkak
Cara merawat migrain
Tanpa ubat
  • Terapi ais biasa digunakan berserta teknik merehatkan otot yang tegang seperti urut, akupuntur dan sebagainya
  • Pencegahan migrain seperti mengelakkan benda-benda yang boleh mencetuskan migrain seperti merokok, elak diet tinggi tyramine seperti keju, atau tinggi sulfat seperti wine atau tinggi nitrat seperti kacang dan daging
Ubat
  • Terdapat 2 kelas ubat termasuk acetaminophen (tylenol) dan non-steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs);
Acetaminophen – mengurangkan sakit dan demam dengan menurunkan toleransi kesakitan yang dikawal otak. Acetaminophen boleh menyebabkan masalah hati dengan peningkatan tahap toksik dengan penggunaan terlalu kerap. Acetaminophen juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dengan pengambilan dos yang tinggi
NSAIDs – terdapat 2 jenis yang biasa digunakan termasuk aspirin dan non-aspirin. Jenis non-aspirin termasuk ibuprofen dan naproxen. NSAIDs mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kesakitan. Jenis non-steroid ini lebih baik daripada steroid. Penggunaan steroid untuk satu jangka masa yang lama akan membawa kesan yang tidak baik pada badan. Terdapat sedikit perbezaan antara aspirin dan non-aspirindimana kesan pada platlet darah berbeza. Aspirin mencegah darah daripada membeku (mencairkan darah).



Dapatkan nasihat pakar tentang penggunaan sebarang ubat-ubatan. 

Penggunaan aspirin boleh jadi bahaya untuk beberapa jenis orang termasuk kanak-kanak dan remaja, mereka yang mengambil warfarin, mereka dengan ulser perut yang aktif, mereka dengan luka pendarahan, mereka dengan masalah hati dan sebagainya. Terdapat juga beberapa ubat spesifik yang digunakan termasuk triptan, ergots, midrin, dan sebagainya yang dipreskripsikan kepada tahap-tahap migrain yang memerlukannya.
Ubat Pencegahan

Terdapat beberapa jenis ubat pencegahan yang digunakan termasuk beta blocker, calcium-channe blocker, tricyclic antidepressant, antiserotonin dan anticonvulsant.

8 comments:

Nor Salmi said...

Assalamualaikum.
Tak pernah diserang migrain tapi pernah tgk adik yg menghidap agak lama juga.Kesian tgk masa dia sakit tu. Alhamdulillah sekarang dah ok selepas buat rawatan secara Islam.. dah tak perlu bergantung kpd uabat.
Salam perkenalan.. #115

Nao Mei said...

dunlah mero...ko kekadang nuan gak sem eh....

Puteri Mama said...

@Nao Mei dnlh...ko mler byk migrain eh mro

QasehnyaRania said...

hye saya pon penah kena migrain.sakit giler.
doc pesan jgn minum kopi, cheese n coklat..

Puteri Mama said...

@QasehnyaRania yeker dear?sekarang dh ok ke?saya klau tk cukup tidur mmg kna serang ngn migrain ni

QasehnyaRania said...

alhamdulillah..so far setakat hari ni belum berulang.saya baru kena tahun lepas.

kena cucuk 3 jarum, tambah air 3 pain.
last kena cucuk kat montot.baru ok.

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/02/saya-telah-diserang.html

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/03/penawar-migraine.html

QasehnyaRania said...

jom singgah n3 baru pasai migraine

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/alhamdulillah-migraine.html

Puteri Mama said...

@QasehnyaRania tq dear :)okes

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon