Thursday, January 31, 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Meh join segmen ni..

*Klik banner kalau nak join*


Jumlah follower terkini : 200

Wednesday, January 30, 2013

Nombor Bertuah


Selamat malam semua....makcik datang ni nak kongsi rasa gembira ngan korang semua..Malam ni hepy sangat taw...tengok entry kat atas tu, "Nombor Bertuah"...apa kaitan tajuk entry Nombor Bertuah ngan rasa hepy kan....apalah makcik ni, nyanyuk ke...?Ha..ni yang nak corat-coret kat sini ni...Biar korang tak rasa sangsi ngan makcik..

Mari sesama kita julingkan mata ke bawah...


*Cer tengok kat members yang makcik dah bulatkan tu..*

Jumlah follower makcik 191 kan...hehe...nombor tu sama ngan birthday makcik ler
Tu yang rasa hepy sangat...

Untuk korang semua yang sudi follow makcik...
Nak bagi tabik spring kat korang
dan nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih
Makcik sayang korang semua...

Kalau nak komen entry or blog makcik dipersilakan ok...kritikan dan pendapat korang amat dialu-alukan..

Daaaaaaaaaaaaaaaa.............

"Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar"

Thank cuzie Sweetyz sebab tag segmen ni ngan aku...tengok je segmen best ni, tangan jadi gatal nak join sekali...Cer tengok kat bawah...

*Klik banner kalau nak join*

Nak tahu apa lagu favourite saya..jeng...jeng.....
 Tajuk Lagu : Pada Syurga Di Wajah Mu
 Penyanyi : Nash
Tersangat minat giler ngan lagu ni..aku bagi sekali lirik..senang nanti kalau korang nak karaoke kat sini..hehehe
-
-
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

Meh ler join sekali... Farah Waheda Wahid, Cik Aishah

Tuesday, January 29, 2013

''Segmen Jadikan Followers UNLIMITED by Aimi Rahim''

Meh join segmen Aimi..senang je.... ◕‿◕。

 Klik banner kalau nak join . ◕‿◕。

Monday, January 28, 2013

。◕‿◕。BLOGWALKING。◕‿◕。

Petang yang indah dan damai..
 menenangkan hati yang kian celaru
mengenangkan perjalanan hidup yang penuh liku
aku tidak sendiri...menempuh onak duri...
ada kamu disisiku..
-
-
Saje petang ni aku nak merapu sikit
Nak bagitahu kat korang semua...
Aku rajin sangat berblogwalking hari ni
singgah jenguk dan baca entry korang
Jangan marah aku skodeng blog korang k...dah nama BLOGWALKING kan...hehehe

Saturday, January 26, 2013

Migrain

Ha.....tahu kan citer apa saya nak tulis dalam entry ni...???Yup..semestinyer citer tentang MIGRAIN...Malam tadi memang tak dapat nak angkat dah...kena serangan migrain ni...dari petang sampai ke malam, memang kepala ni rasa sangat-sangat berat...rasa loya, nak termuntah dan berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala...Saya kalau dah tak cukup tidur tu memang senang ler migrain ni nak datang...tak yah dipelawa atau diundang..Ada orang kata migrain ni adalah masalah keturunan (gene)..yeker...??Tak pasti pulak kan...dengar orang kata je...tapi, abang saya memang ada migrain...sama macam saya...
Saya pernah terbaca satu info ni yang mengatakan migrain berpunca dari salur-salur darah dalam kepala yang mengembang dan menguncup secara mengejut..agaknyer betul lah kot...apa-apa pun, cer baca yang selanjutnya di bawah ;

Sebab-sebab Migrain

  • Tekanan
  • Gangguan tidur atau tidur berlebihan
  • Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
  • Bau yang menusuk
  • Merokok
  • Alkohol
  • Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrataspartame
  • Kafein
  • Cahaya terlalu terang

Ciri-ciri Migrain
  • Kepala rasa seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke mata dan hidung
  • Kesakitan yang teramat sangat dan rasa berdenyut-denyut pada sebelah bahagian kepala
  • Pandangan menjadi kabur, silau dan gelap sementara (kadang rasa nak rebah)
  • Tekak rasa loya, rasa nak termuntah dan berpeluh..tangan jadi sejuk
  • Sensitif pada bunyi dan cahaya, kerana ia memang menyakitkan
  • Serangan selalunya berlarutan selama 4- 72 jam (Fakta, bukan rekaan semata2..hehehe)
  • Sesetengah pesakit akan mengalami bengkak
Cara merawat migrain
Tanpa ubat
  • Terapi ais biasa digunakan berserta teknik merehatkan otot yang tegang seperti urut, akupuntur dan sebagainya
  • Pencegahan migrain seperti mengelakkan benda-benda yang boleh mencetuskan migrain seperti merokok, elak diet tinggi tyramine seperti keju, atau tinggi sulfat seperti wine atau tinggi nitrat seperti kacang dan daging
Ubat
  • Terdapat 2 kelas ubat termasuk acetaminophen (tylenol) dan non-steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs);
Acetaminophen – mengurangkan sakit dan demam dengan menurunkan toleransi kesakitan yang dikawal otak. Acetaminophen boleh menyebabkan masalah hati dengan peningkatan tahap toksik dengan penggunaan terlalu kerap. Acetaminophen juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dengan pengambilan dos yang tinggi
NSAIDs – terdapat 2 jenis yang biasa digunakan termasuk aspirin dan non-aspirin. Jenis non-aspirin termasuk ibuprofen dan naproxen. NSAIDs mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kesakitan. Jenis non-steroid ini lebih baik daripada steroid. Penggunaan steroid untuk satu jangka masa yang lama akan membawa kesan yang tidak baik pada badan. Terdapat sedikit perbezaan antara aspirin dan non-aspirindimana kesan pada platlet darah berbeza. Aspirin mencegah darah daripada membeku (mencairkan darah).



Dapatkan nasihat pakar tentang penggunaan sebarang ubat-ubatan. 

Penggunaan aspirin boleh jadi bahaya untuk beberapa jenis orang termasuk kanak-kanak dan remaja, mereka yang mengambil warfarin, mereka dengan ulser perut yang aktif, mereka dengan luka pendarahan, mereka dengan masalah hati dan sebagainya. Terdapat juga beberapa ubat spesifik yang digunakan termasuk triptan, ergots, midrin, dan sebagainya yang dipreskripsikan kepada tahap-tahap migrain yang memerlukannya.
Ubat Pencegahan

Terdapat beberapa jenis ubat pencegahan yang digunakan termasuk beta blocker, calcium-channe blocker, tricyclic antidepressant, antiserotonin dan anticonvulsant.

SEGMEN:JOM TAMBAH FOLLOWER SEBANYAK YANG MAMPU

Pepagi ni kan..saya terjumpa satu segmen yang nampak macam best je..
Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu...
Tajuk segmen je dah menarik minat saya nak join sekali...
(sebab follower saya sikit je....huhuhu)
hehehe...Cer tengok bawah 

Klik banner kalau nak join

Senang je kalau nak join segmen ni.....tak yah ponink kan kepala..... ◕‿◕。

Wednesday, January 23, 2013

☂Dia Manja+Degil+Nakal+Sedikit Gedik☂

Saya kenal Spike saya..
Degil
Nakal
dan sedikit gedik
Degil dia, nakal dia...saya tetap sayang dia..
Dia datang dan hadir dalam hidup saya time birthday saya
Sekarang, tahun ke-3 dia ada bersama saya
Nak kenal Spike saya...ni dier :-
❤Posisi ketika tidur (1)

❤Posisi ketika tidur (2)..hahaha...seksi taw
❤Tengah bz online ni

❤Tengok apa..tak puas hati ke..?

Dah kenal kan siapa Spike saya...hehehe...tak suka...buat derk je.. 。◕‿◕。

Anak Itik Tok Wi

Anak itik Tok Wi, mandi dalam kolam....
Sakit apa Tok Wi
Sakit sendi tulang...
Hehehe..tetiba je kan..
Apa lah saya ni...(mimpi ke ngigau)
-
-
-
-
。◕‿◕。 Anak itik Tok Wi yang sesat tepi meja kerja saya。◕‿◕。

Saje je, takde idea, serabut...tapi tangan gatal nak menaip..
Haha...tak kesah ler orang nak kata apa kan..

Tuesday, January 22, 2013

Gadis 24 Tahun Bungkus dan Campak Bayi Luar Nikah



KUANTAN – Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.
“Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.
“Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.
Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.
“Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.
“Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan,” katanya.
Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.
Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – Bernama


*Ya Allah, tetapkanlah iman kami..Amin Ya Rabb*

Friday, January 18, 2013

SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

eloooo ebelibadi....hari Jumaat yang indah..Alhamdulillah..
Redup petang ni yer..
Petang ni cer tengok dan jenguk benda ni..
-
-
-
Segmen : Selamat Ulangtahun Kelahiran
Sila klik banner kalau nak join sekali k..senang je 。◕‿◕。

Memandangkan tak lama lagi tarikh kelahiran saya...tanpa teragak-agak dan dengan rasa senang hati nak join jugak segmen ni.hehehe...
D.O.B : 19 JANUARI 1986
***Penuhi syarat tuan tanah 。◕‿◕。

Tarikh Tutup : 31 Januari 2013

Wednesday, January 16, 2013

✿Segmen Up Follower Dengan Sepantas Kilat✿

Petang ni nak join segmen yang ini pulak..

Jom kita serbu dan join segmen ni..klik pada banner di atas untuk ekot serta ok..nak tambah follower...maklumlah follower blog saya sikit je...hehehe...usaha keras ni :)

。◕‿◕。 Belom Coba, Belom Taw!。◕‿◕。
Tunggu aper lagi...kita terjah sekarang...

Peace Yo♬♪ ♩♭♪

♫♬♪ ♩♭♪Tahniah Encik Suami♫♬♪ ♩♭♪

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana ada rezeki untuk Encik Suami di tempat baru...bak kata orang usaha tangga kejayaan...walaupun tak sehebat mana, kami tetap bersyukur...penat lelah hubby, titik peluh yang dicurahkan untuk memastikan makan minum kami sentiasa terjaga, tak dapat dibalas dengan emas permata...Untuk Encik Suami, saya sangat-sangat hargai semua pengorbananmu....
Tak kesah ler orang nak kata apa, nak kutuk apa..janji kerja kita halal..bukan dari sumber yang haram...tak kerja gomen pun takpe...saya tak kesah pun...hehehe...yang penting bagi saya, awak adalah pelengkap hidup saya...awak sentiasa berusaha untuk memastikan kita sentiasa di tahap selesa..walaupun kita tiada harta berjuta, tapi kita kaya dengan kasih dan sayang..
Tahniah Encik Suami.....
Untuk sebuah jawapan yang pernah kita nantikan..
Allah sentiasa mendengar doa kita..
Semoga Allah sentiasa berkati hari-hari kita, moga Allah sentiasa lindungi setiap langkahmu...
 Amin Ya Rabb

✿Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam✿

Tengah jejalan baca dan jenguk blog kengkawan tadi..jumpa benda ni...Segmen Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam..macam best je kan..teringin jugak nak ekot...So, apa kata hari ni kita join sekali segmen ni...

Nak join jugak....?boleh je...klik ler banner yang berkelip-kelip di atas..senang dan mudah..tak susah mana pon...

Follower saya setakat ni baru je 25 orang...huhuhu...sikit jer

Tarikh tutup sampai peserta betul-betul lebam...hehehe

Tuesday, January 15, 2013

Imbas Kembali


Awal-awal tahun di tempat kerja memang serabut...sampai meja pun dah tak serupa meja..hehehe...
kengkawan sama opis semua sibuk..tapi kami tetap tak lupa untuk makan..bila jarum jam ke angka 9 am, mesti semua dah kecoh nak order itu, order ini..opis kami nampak je kecil dan sempit tapi ianya tetap selesa bagi kami..
✿Meja Kerja Saya yang Serabut
Sedih-sedih, marah-marah dan sewaktu dengannya tak mau okes.... kami hepy-hepy je buat kerja, sebab kami "satu kepala"..bak kata orang kerja dalam satu pasukan/ kumpulan...yang paling penting KERJASAMA....

Kami rancang nak wujudkan budaya 5S kat opis yang kecil molek ni, tapi belum tercapai untuk ke tahap itu..takat 3S boleh kot..hehehe..banyak lagi yang kami perlu pelajari untuk itu..takpe, kita boleh usaha lagi..

✿Almari Fail
✿Pandangan dari pintu masuk opis
Cikgu-cikgu kat sini semuanya baik-baik belaka, saya dan kawan saya boleh je bergaul dengan mereka..Mereka takde pulak nak meyombong dan memilih pangkat dalam berkawan..bebanyak terima kasih untuk mereka..hehehe...

✿Kami-ada yang tiada dalam gambar
Bila buka cerita tentang opis dan kengkawan satu opis ni teringat pulak kenangan tahun 2012, Lawatan Sambil Belajar Pelajar Pendidikan Khas Ke Kuching pada 2 Mei hingga 5 Mei...banyak pengalaman pahit dan manis yang kami tempuh bersama...yang mengajar kami supaya lebih matang dalam mengendalikan sesuatu perkara..dan banyak pula belajar benda baru...yang paling seronok, bila lihat senyuman manis terukir di bibir pelajar kami(pelajar khas bermasalah pendengaran)..Rasa suka dan lapang hati bila mereka gembira..walaupun tanpa kata, tanpa butir bicara yang kedengaran, tangan mereka memang tak boleh nak duduk diam daripada bercerita tentang perasaan mereka..saya rasa bangga sebab saya faham bahasa mereka, walaupun tak semahir mana...(hehehe....nak mahir macamana kalau belajar hanya guna buku je..takde kursus or latihan..)..

✿Kenangan

✿Ceria

✿Sehari sebelum balik ke Sibu

 ◕‿◕。 Itulah kenangan manis kami...esok..esok kalau diberi peluang..nak pergi lagi...InshaAllah... ◕‿◕。 


Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon