Friday, December 14, 2012

Tarikh Istimewa~1.2.34 / 1 Safar 1434 Hijrah

        Assalamualaikum semua...Rabu yang lepas, iaitu 12/12/12 ramai yang kecoh, berebut nak jadikan tarikh tersebut sebagai tarikh bersejarah dalam hidup kan..hehe..Tapi dalam sedar tak sedar hari ni pun apa kurangnya, cantik juga..1/2/34..rugi rasanya kalau tak buat entri hari ni kan..So, sebab tu la cepat-cepat tulis entri ni, takut terlepas pulak kan.hehe..Mungkin ada yang tak perasan sebab tarikh ni dalam kalender  Islam je...1/2/34 Hijrah tarikh yang sangat cantik dan istimewa jatuh pula pada Hari Jumaat, Penghulu segala hari.Subhanallah..Moga hari ini dan hari yang mendatang kita sentiasa dalam redhaNya.
        Safar bukan bulan bala dan khurafat..Sejarah juga mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan ini iaitu peperangan Al Abwa dalam tahun dua hijrah, perang Bani Qainuqak dan Zi Amin pada tahun ketiga hijrah dan Peperangan Khaibar pada tahun keempat hijrah.
        Demikian fakta sejarah, namun hakikatnya dalam masyarakat kita hari ini, bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana dan musibah hingga menerbitkan beberapa amalan khurafaat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis dan menolak musibah tersebut.
        Amalan-amalan khurafat bulan safar seperti mandi safar, membuat ancak, melarang mengadakan kenduri kahwin dan percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini. Amalan, fahaman dan kepercayaan  seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam tetapi juga boleh menyebabkan rosaknya akidah.
       Nahas dan bala bencana bukan hanya berlaku dalam bulan Safar. Kepercayaan seperti ini perlu ditolak kerana Allah Taala telah memberi amaran kesan dalam surah At Taubah ayat 51 yang bermaksud:

”Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawaqal”   

No comments:

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon