Thursday, December 27, 2012

Tragedi Pulau Kidjang

TRAGEDI PULAU KIDJANG

Bila bulan mengambang
Cahaya pun gemilang
Tiba-tiba mendung mendatang
Angin serta gelombang
Bertiup dengan kencang

Malang terus mendatang
Sebuah kapal panjang
Ukuran sama sedang
Diberi nama Pulau Kidjang
Malangnya Pulau Kidjang
Jadi mangsa gelombang
Tenggelam di lautan Rajang

Alangkah sedih oh Tuhan
pada hambamu yang malang
banyak nyawa terkorban
Menjadi peristiwa hingga masa kini
Kisah tragedi Pulau Kidjang

27.12.1973~Sejarah Hitam ; 39 tahun dalam kenangan, tenggelamnya M.V Pulau Kidjang di Perairan Tanjung Jerijeh, Sarawak.

Generasi muda Sarawak mungkin lebih mengenal cerita karamnya kapal Titanic daripada M.V Pulau Kidjang yang karam di Kuala Rajang. 39 tahun dahulu inilah tragedi hitam yang menyayat hati bagi setiap rakyat Sarawak. Mangsanya terdiri daripada pelbagai kaum samada melayu, melanau, iban, bidayuh, cina dan orang ulu kerana jalan air adalah pengangkutan utama yang menghubungkan rakyat negeri Sarawak. Hari ini 27.12.2012 genaplah 39 tahun tenggelamnya M.V Pulau Kidjang dan sebagai satu penghormatan pihak admin Borneo Oracle membuat posting istimewa bagi menyorot kembali tragedi hitam M.V Pulau Kidjang untuk kita rakyat Sarawak renungkan bersama-sama.

Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal yang beroperasi di perairan Sarawak pada pertengahan tahun 1960-an hingga awal tahun 1970-an. Kapal M.V. Pulau Kidjang dibina pada tahun 1963 dan didaftar di pelabuhan Singapura dengan nombor pendaftaran awal ialah 159456. Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura dan sah sehingga 10 Mei 1973. Kapal yang diperbuat daripada besi keluli dan kayu ini asalnya dibenarkan membawa seramai 225 orang iaitu 180 penumpang dan 45 anak kapal. Kapal Kidjang ini berperanan sebagai kapal kargo dan kapal penumpang.

Sebelum beroperasi di perairan Sarawak pada tahun 1965, kapal buatan Taiko Dackard and Engineerig Co. Ltd., Hong Kong ini pernah beroperasi diperairan Singapura dan sebahagian perairan Indonesia sehingga zaman konfrantasi pada tahun 1963, apabila perkhidmatannyaterpaksa diberhentikan atas sebab-sebab tertentu.

Sejajar dengan keutamaan penguatkuasaan terhadap aspek keselamatan kapal yang beroperasi di perairan Sarawak, satu sijil keselamatan dan penumpang telah dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak pada tahun 1965 ke atas M.V Pulau Kidjang. Sijil tersebut sah sehingga 16 Mac 1974 dan menghadkan jumlah penumpang seramai 159 orang sahaja.

Menurut artikel perjanjian anak kapal yang didaftar pada sijil keselamatan peralatan kapal M.V. Pulau Kidjang dibenarkan membawa seramai 29 orang anak kapal. Sijil tersebut sah sehingga 29 September 1973.

Serentak dengan pengeluaran sijil keselamatan dan penumpang, pemilik kapal juga telah diarahkan supaya meningkatkan beberapa kelengkapan keselamatan pelayaran termasuklah pemasangan alat perhubungan komunikasi radio.

Arahan tersebut yang terkandung di dalam surat bertarikh 10 Januari 1966 dikeluarkan setelah pemeriksaan olah Jabatan Laut Sarawak ke atas M.V Pulau Kidjang mendapati kedudukan stabiliti kapal tidak seimbang.

Kandungan surat arahan yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Laut Sarawak, Kapten I.J Nah, antara lain menyebut sekiranya 110 orang penumpang bergerak serentak di atas dek ketika kapal sedang berlabuh, ia boleh mengakibatkan kedudukan kapal condong kira-kira sepuluh darjah. Kargo juga jika diletakkan di bahagian palka dan deka atas tidak disusun dengan sempurna, kedudukan kapal akan melereng sehingga sepuluh darjah ke sebelah.

Spesifikasi kapal dengan reka bentuk struktur binaan astaka bahagian atasnya yang berat mengakibatkan pergerakan kapal tidak begitu stabil terutama ketika belayar semasa keadaan laut bergelora. Pusat gravitinya akan meningkat akibat berat badan menyebabkan kestabilan M.V. Pulau Kidjang.

Hasil siasatan yang telah dijalankan, dianggarkan seramai 140 orang penumpang termasuk 30 anak kapal menyertai pelayaran tersebut. Jumlah kargo yang dibawa pula melebihi 80 tan termasuk dua buah kereta yang diletakkan diruang kosong di atas dek. Bagaimanapun, adalah tidak diketahui di mana baki kargo yang lainnya disimpan.

M.V Pulau Kidjang didapati tidak layak belayar semasa ia karam pada kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika dari rumah api Tanjung Jerijih atau kira-kira tiga batu nautika kearah rumah api Tanjung Jerijih. Binaan pengalih udara dan tingkap magun yang terletak di sebelah dek kapal, didapati tidak dikunci dengan ketat. Keadaan ini menyebabkan pengalih udara tersebut mudah terbuka apabila dipukul ombak yang kuat.

Akhbar The Vanguard bertarikh 31 Disember 1973 melaporkan jumlah mayat yang ditemui sehingga 30 Disember 1973 ialah 46 orang manakala 40 orang lagi selamat. Apabila gerakan mencari dan menyelamat berakhir kira-kira dua minggu selepas tragedy, sejumlah 53 mayat berjaya ditemui termasuk limamayat anak kapal. Bagaimanapun berdasarkan kajian, dianggarkan seramai 47 orang mangsa termasuk tujuh anak kapal yang dikatakan hilang sebenarnya dipercayai terperangkap dalam bangkai M.V Pulau Kidjang. Sejumlah 12 mayat mangsa termasuk 2 mayat kanak-kanak yang tidak dapat dikenali wajah dan identiti mereka tidak diketahui telah dikebumikan di tanah perkuburan khas. Ada kemungkinan juga mayat-mayat itu merupakan penumpang dan anak kapal yang sehingga kini tidak diketahui.

27 Disember 1973, rekod menunjukkan air pasang setinggi 4.32 meter di muara Kuala Rejang bermula pada jam lima pagi manakala air surut setinggi 0.64 meter berlaku pada jam 12.00 tengah hari. M.V Pulau Kidjang meneruskan pelayaran pada kelajuan tujuh knot sejam. Juragan kapal mengarahkan jurumudi kapal berpandukan kedudukan boya lampu hijau yang terletak di sebelah selatan terus menuju ke timur. Ketika itu, juragan yang berada di bilik kemudi menyedari perubahan cuaca yang sedang berlaku. Awan mendung di langit diikuti tiupan angin yang kencang dan kemudiannya diiringi petir mengakibatkan laut bergelora. Pada masa yang sama, kapal dirempuh oleh ombak besar berulang kali. Juragan gagal mengawal kedudukan kapal lalu mengarahkan kedua-dua jurumudi supaya menukar arah haluan menuju ke Kuala Selalang.

Bagaimanapun, ketika itu keadaan angin yang kuat disertai dengan arus yang deras menyebabkan kedudukan M.V Pulau Kidjang sudah jauh tersasar ke arah Beting Selatan dengan haluannya menuju ke arah anak tanjung Wong Sands. Kawasan air yang cetek diikuti dengan rempuhan gelombang besar yang berulang-kali mengakibatkan air laut melimpah masuk dengan banyaknya ke dalam kapal. Keadaan ini menyebabkan kapal tidak stabil. Seluruh bahagian dek bawah dan separuh dek atasnya digenang air laut menyebabkan kedudukan kapal senget lalu karam.

Laporan Marine Court of Inquiry into the Sinking of the Motor Vessel Pulau Kidjang Occurred at the Mouth of Rejang River (Case No. 1/76), ribut selaju 42 knot sejam berlaku semasa M.V Pulau Kidjang karam pada 27 Disember 1973, kira-kira jam 4.03 pagi. Akibatnya kedudukan kapal yang tidak stabil telah menyebabkan lebih 200 tan air laut melimpah masuk ke dalam M.V Pulau Kidjang. Keadaan ini telah disedari oleh beberapa penumpang dan anak kapal bermula seawal jam sebelas malam pada 26 Disember 1973 dan berterusan sehinggalah kapal malang tersebut karam pada awal pagi berikutnya.

Karamnya M.V Pulau Kidjang merupakan titik hitam di dalam sejarah maritim negeri Sarawak. Tanggal 27hb Disember 1973 menyaksikan ramainya keluarga di Sarawak yang kehilangan sanak saudara dan sahabat handai di dalam tragedi tersebut. Tiada lain yang mampu kita lakukan selain berdoa agar semua mangsa-mangsa tragedi tersebut yang ditemui dan tidak ditemui ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-fatihah. 

Sarikei Pulau Kidjang,
Plied Kuching-Sarikei-Sibu route from 1965-1973
Sarikei Pulau Kidjang
Side view diagram
Sarikei Pulau Kidjang
Plan view: Top and bottom floor
Sarikei Pulau Kidjang, 
Front page of The Vanguard, 28 Dec 1973
Sarikei Pulau Kidjang, 1973
The hull was sighted in South China Sea
Source: Sarawak Museum archives

Monday, December 24, 2012

Seronok Belajar Bahasa Isyarat


Sejak menjadi PPM di Kelas Integrasi Bermasalah Pendengaran, minat saya  untuk mempelajari bahasa isyarat semakin hari semakin menebal dalam diri..bergaul dan berkawan dengan pelajar khas menyebabkan pengetahuan saya terhadap penggunaan bahasa isyarat semakin bertambah. Semakin saya pelajari semakin banyak saya ketahui tentang struktur dan penggunaannya. Secara jujur saya akui sebenarnya, bahasa isyarat bukanlah satu bahasa yang mudah dipelajari.. Ramai masyarakat beranggapan bahawa bahasa isyarat ialah satu simbol yang diterjemahkan daripada apa yang dipertuturkan. Terdapat juga, segelintir masyarakat meperlekeh-lekehkan bahasa isyarat. Namun, saya berbangga kerana diberi peluang untuk mempelajari suatu ilmu bahasa tanpa menggunakan pertuturan.
Bahasa isyarat ialah satu bahasa, bukan satu simbol yang dipermain-mainkan atau direka-reka mengikut kemahuan sendiri. Rekaan simbol dalam bahasa isyarat itu bergantung pada keadaan, situasi, bentuk, dan sebagainya. Selain itu, bahasa isyarat mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan bentuk tatabahasanya berbeza daripada bahasa lain.
Perkara yang penting perlu diketahui dalam mempelajari bahasa isyarat kefahaman dalam menyampaikan maksud yang disampaikan kepada orang pekak. Tidak guna jika anda dapat mengetahui seribu atau sejuta perkataan isyarat atau anda berisyarat dengan cepat dan laju tetapi maksud yang hendak disampaikan tidak difahami oleh orang pekak. Gaya badan dan ekspresi muka sangat penting dalam menyampaikan isyarat. Gaya badan dalam keadaan marah, suka, sedih dan sebagainya perlu dipelajari sebelum menguasai bahasa isyarat. Bukan hanya belajar perkataan isyarat semata-mata.
Selain itu, bahasa isyarat bukan diterjemahkan apa yang diperkatakan tetapi menyampaikan maksud yang dihajati. Hal ini kerana skop kefahaman orang pekak berbeza dengan orang normal malah perkataan bahasa isyarat tidak meluas seperti luasnya bahasa-bahasa lain. Misalnya, dalam bahasa melayu terdapat perkataan kamu, awak, dan dia tetapi dalam bahasa isyarat semua perkataan kamu, awak dan dia adalah dalam satu simbol. Disebabkan dengan masalah yang timbul ini maka penggunaan KTBM perlu dipelajari supaya orang pekak tidak terkeliru dalam mempelajari bahasa melayu.
Suatu yang menjadi masalah dalam penggunaan bahasa isyarat ialah apabila menggunakan bahasa yang mempunyai maksud yang sama tetapi simbol yang berlainan. Misalnya, isyarat asrama, lagi, hari natal, dan sebagainya. Namun, hakikatnya, semua isyarat yang ditunjukkan adalah tidak salah. Perkara yang penting seperti yang saya katakan diawal tadi kefahaman maksud yang hendak disampaikan kepada orang pekak. Ada sesetengah menyatakan itu adalah dialek isyarat. Hal ini kerana, lain negeri lain isyarat perkataan yang digunakan.
Kesimpulannya, bahasa isyarat merupakan suatu bahasa yang unik. Seronok dipelajari tetapi sukar untuk difahami. Bahasa isyarat sebenarnya menggunakan banyak tenaga dalam berkomunikasi kerana melibatkan seluruh anggota badan. Oleh itu, penyampaian maklumat yang disampaikan harus jelas dan terus. Tiada unsur-unsur bidalan atau sindiran seperti bahasa lain kerana itu jika anda perhatikan orang pekak kebanyakannya adalah seorang yang telus dan tidak berlapik-lapik apabila ingin menyampaikan sesuatu hasrat atau berkomunikasi. Jadi kita sebagai orang normal jangan mudah terasa dengan orang pekak, kerana bahasa mereka memang sebegitu. Malah kita sebagai orang normal seharusnya menunjukkan bahasa kita yang indah kepada orang pekak supaya masing-masing dapat sama-sama mempelajarinya. Jika anda berminat mempelajari sesuatu bahasa, pelajarilah dengan bersungguh-sungguh, kerana semua bahasa bukannya mudah malah memerlukan latihan yang mendalam. Jangan memperlekehkan dan memburuk-burukkan bahasa sendiri dan bahasa orang lain kerana setiap bahasa mempunyai keindahan yang tersendiri dan bahasa melambangkan bangsa dan budaya seseorang.


BAHASA ISYARAT
  •  Kaedah komunikasi yang menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan maksud kata-kata seorang penutur. Terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi (loghat atau dialek tempatan).

KOD TANGAN
  • Kod-kod serta isyarat-isyarat yang diseragamkan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca, dan difahami oleh orang ramai.

EJAAN JARI
  • Digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan





Friday, December 21, 2012

Cerewetke..?


"Bukan ganti rugi yang abang cari, tapi sikap berhati-hati"

Kata-kata hubby buat saya terus dok diam..tak berani nak cipta alasan..hehehe..tadi, kene tegur ngan hubby pasal mini usb cable untuk pen drive dalam kereta dah macam nak patah je..hubby tanye.."kenapa usb port patah lagi?, hari tu kan dah tukar baru",(sebelum ni pernah rosak satu, siapa lagi kalau tak saya yang merosakkan benda alah tu..hehehehe)..saya dengan muka tak bersalah jawab, "ntah, saya tak sentuh pun benda tu, saya dengar radio je..takde pulak dengar lagu gune pen drive...hubby senyap lagi..dengan muka orang tak malu tanya lagi.."berapa harga usb port tu?..(dalam hati cakap~eee...cerewetnya hubby nie, sikit je tu), hubby jawab, nape?..nak bayar ganti rugi ke?..iye lah, dah orang tu cakap patah..so, saya nak ganti yang baru..hubby dok senyap, pastu hubby senyum dan cakap..cerewet tak saya..?hehehe...macam tahu tahu je hubby orang cakap dier cerewet..dalam hati jawab lagi, memang pun hubby cerewet, tapi cerewet hubby untuk benda baik...supaya jaga elok-elok barang kita, sayang barang..bukan senang nak beli semua benda, walaupun harganya murah, hakikatnya duit juga yang perlu digune...nak dapat duit bukan senang, kita perlu kerah setiap keringat..jangan membazir..myb tu maksud hubby..

So..moral of the story, JAGA HARTA BENDA, BARANG DAN SEBAGAINYA YANG KITA ADA DENGAN SEELOKNYA...HEHEHE..JANGAN SESUKA-SUKI JE NAK MEROSAKKANNYA..

Saya beruntung dapat memiliki dia sebagai suami saya, kerana dia sentiasa murah dengan teguran dan nasihat yang membina, bukan untuk orang lain, tapi untuk kebaikan kami bersama..Untuk hubby saya, tq so much...saya sayang awak sepenuh hati saya...

Thursday, December 20, 2012

Tukar Google+ ke Blogger Profile

Di pendekkan cerita, ada satu hari tu saya tertengok suggestion dekat dashboard untuk tukar Blogger Profile ke Google+ Profile, tanpa ragu-ragu dan berfikir secara waras mula lah tangan gatal nak klik benda alah (Get Started) tu..Nak tengok benda baru katakan, suka-suki je tekan. Bila dah kalut sangat tekan sana-sini, habis cerita...Sekelip mata blogger profile saya bertukar ke google+ yang entah apa-apa, sebab tak biasa gune..yang suka gune google+ tu jangan marah kat saya pulak sebab mengutuk..Saya dah mula pening kepala dan menggelabah sebab tak tahu macam mana nak gune benda alah ni..bila ada kawan nak follow blog saya, tak boleh sebab takde link ke blog. Sebab saya tak share entri saya ke google+..Untuk tidak memeningkan kepala dan sebab saya lebih suka dan selesa gune Blogger Profile, saya tanya lah Encik Google macam mana cara nak tukar google+ ke blogger profile balik. Bagi yang pening kepala sebab nak tukar balik ke blogger profile, sila klik SINI untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ku Tahu Nilai Kasihmu

        
20122012..Hari ni gatal pula jari ni  nak tulis entri tentang "kaunter aduan" saya..hehehe..Kaunter aduan merangkap sahabat baik, teman menangis dan ketawa saya..selain suami saya, keluarga saya, dia yang paling rapat dengan saya..dialah sahabat susah senang saya. Bila saya ada masalah, dia akan jadi bahu kanan saya, sentiasa ada untuk saya. Dia setia mendengar kisah suka duka saya. Dia tak pernah merungut, tak pernah takde masa untuk saya. Dialah sahabat terbaik untuk saya..
        Untuk sahabat tersayang saya..jangan marah jika saya jarang mesej awak, jangan merajuk jika saya jarang col awak, jangan ambil hati jika saya selalu jadikan awak kaunter aduan saya, jangan jauhkan diri awak dari saya jika saya ada meyakiti hati awak...kerana kehilangan awak adalah mimpi buruk untuk saya. Awak, walau jarak pisahkan kita, walau masa sentiasa mencemburui kita, kita tetap sahabat...hati kita dekat..sedih awak sedih juga saya, gembira awak gembira juga saya. Sahabat saya, saya sentiasa ingat kat awak, tak pernah sedetik pun saya lupakan awak.  
Tq awak kerana sudi menjadi sahabat terbaik untuk saya.. 
SAYA SAYANG AWAK.....
 

Wednesday, December 19, 2012

Makan Kawan Untuk Hidup

Rasa pelik kan bila baca tajuk entri ni...?hehehe..bukan bohong tapi memang benar-benar terjadi..ni baru dikatakan kawan makan kawan..Tadi terbaca satu artikel dalam Harian Metro..

Moscow  :  Dua rakyat Russia yang diselamatkan bulan lalu selepas empat bulan hilang di hutan di timur jauh di negara itu memakan mayat rakan mereka untuk terus hidup. Sekumpulan empat lelaki hilang Ogos lalu dalam ekspedisi menangkap ikan di sungai wilayah Yakutia, satu daripada kawasan paling terpencil dan tidak menyenangkan di dunia.
     Hanya dua daripada lelaki terbabit akhirnya diselamatkan dengan helikopter akhir bulan lalu dan penemuan cebisan mayat manusia di kawasan perkhemahan mendorong penyiasat membuka kes bunuh ketika khabar angin mengenai kanibalisme kian meningkat.
     Dua lelaki yang terselamat ditahan, tetapi disifatkan sebagai saksi dalam kes bunuh itu. Bagaimanapun, penyiasat yakin bahawa kanibalisme berlaku. " Ketika disoal siasat, seorang daripada saksi memberi keterangan kanibalisme memang berlaku,"kata sumber penyiasat itu kepada akhbar harian Komsomolskaya Pranda. " Ia bukan pembunuhan. Mereka memakan mangsa selepas dia mati akibat tidak bertahan dengan keadaan dilaluinya." katanya.
    Laman web berita Yakutia, NVPress.ru turut memetik kenyataan penyiasat tempatan yang berkata, nelayan bernama Alexander Abdullayev  mengakui dia dan seorang lagi rakan yang terselamat, Alexi Gorulenko memakan mayat Andrei Kurochkin.
   "Menurut Abdullayev, Kurochkin mati akibat kesejukan. Dia dan Gorulenko memakan mayat Kurochkin selama beberapa minggu, lapor NVPress.ru-Agensi.

~Tak dapat nak gambarkan macam mana dia sanggup meratah daging manusia~ 





Ku Cari Damai Di Hati



~SIAPALAH KITA~

wahai Maha Agung
yang memberi cinta segunung
yang menyalur sayang tak terhitung
yang memapah tatkala aku tersadung
yang menyuluh ketika pandanganku terlindung
akukah hamba tak tahu diuntung
kerana menepis huluran cinta agung?
atau, akukah hamba yang sombong
kerana berpaling ketika KAU merenung?

wahai Maha Penyayang
nikmat-MU tak pernah kukenang
air mata syukurku tak pernah berlinang
lalu ketika hatiku tak pernah tenang
dosa dan noda jua yang kurenang
aku hamba hina tak layan disayang!

wahai Maha Pencipta
tatkala hatiku bersalut duka
pabila hidupku disirami air mata
ketika KAU mula menurunkah bala dan nestapa
aku hamba-MU baru mahu buka mata
lalu, masihkah pintu-MU terbuka?

Friday, December 14, 2012

Tarikh Istimewa~1.2.34 / 1 Safar 1434 Hijrah

        Assalamualaikum semua...Rabu yang lepas, iaitu 12/12/12 ramai yang kecoh, berebut nak jadikan tarikh tersebut sebagai tarikh bersejarah dalam hidup kan..hehe..Tapi dalam sedar tak sedar hari ni pun apa kurangnya, cantik juga..1/2/34..rugi rasanya kalau tak buat entri hari ni kan..So, sebab tu la cepat-cepat tulis entri ni, takut terlepas pulak kan.hehe..Mungkin ada yang tak perasan sebab tarikh ni dalam kalender  Islam je...1/2/34 Hijrah tarikh yang sangat cantik dan istimewa jatuh pula pada Hari Jumaat, Penghulu segala hari.Subhanallah..Moga hari ini dan hari yang mendatang kita sentiasa dalam redhaNya.
        Safar bukan bulan bala dan khurafat..Sejarah juga mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan ini iaitu peperangan Al Abwa dalam tahun dua hijrah, perang Bani Qainuqak dan Zi Amin pada tahun ketiga hijrah dan Peperangan Khaibar pada tahun keempat hijrah.
        Demikian fakta sejarah, namun hakikatnya dalam masyarakat kita hari ini, bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana dan musibah hingga menerbitkan beberapa amalan khurafaat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis dan menolak musibah tersebut.
        Amalan-amalan khurafat bulan safar seperti mandi safar, membuat ancak, melarang mengadakan kenduri kahwin dan percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini. Amalan, fahaman dan kepercayaan  seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam tetapi juga boleh menyebabkan rosaknya akidah.
       Nahas dan bala bencana bukan hanya berlaku dalam bulan Safar. Kepercayaan seperti ini perlu ditolak kerana Allah Taala telah memberi amaran kesan dalam surah At Taubah ayat 51 yang bermaksud:

”Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawaqal”   

Thursday, December 13, 2012

Keikhlasan Dan Kejujuran

Jika diberi dua pilihan, antara keikhlasan dan kejujuran..saya akan memilih keikhlasan kerana dalam keikhlasan adanya kejujuran

       Hari ni nak cerita tentang persahabatan.Saya ada ramai sahabat dalam kehidupan ni..yang sentiasa mewarnai dunia saya dan menceriakan hidup saya tapi sejujurnya saya hanya ada 3 orang sahabat yang sentiasa ada dalam  susah dan senang saya. Tahun ni genap 19 tahun kami bersahabat..satu tempoh masa yang boleh dikatakan lama..Dari umur kami 6 tahun,a'ha masih budak lagikan...hehe sampailah sekarang ni, ada yang dah jadi mak, dah jadi wife tapi kami tetap kekal bersahabat baik..sentiasa berhubung, bertanya khabar dan sentiasa berkongsi cerita bersama walaupun waktu, masa dan jarak mencemburui kami. Ikatan persahabatn kami umpama printer dengan toner/ink, takde ink tak dapat print..
       Nak tahu apa akan jadi kalau kami berjumpa, berkumpul dan lepak sama-sama..memang tak leh kering gusi, sebab memang banyak cerita yang akan dikongsi bersama, bergossiping..tu memang kerja kami. Bab ketawa terbahak-bahak tu tak yah ceriter memang favourite kami.Ketawa bukan sebab mengata orang, tapi bila sorang-sorang kami flashback kenangan lama.Banyak kenangan pahit manis yang kami cipta bersama yang sukar untuk dibuang dan dilupakan.
       Kata orang dalam persahabatan ini ada pasang surutnya, memang ada salah faham yang akan tercipta..bohong jika ada yang mengatakan persahabatan ni sentiasa je manis...takde pahit langsung.siapa yang kata begitu..datang dan cakap ngan saya..cewahhh....berani lah konon..hehehe.Tan Sri P.Ramlee pun ada cakap, lidah lagi kan tergigit..inikan pula suami isteri..oppppsss..belakang tu kiter tukar k, inikan pula sahabat..untuk sentiasa kekal bersahabat baik..kami amalkan petua ni.."Keikhlasan"..sentiasa ikhlas menerima diri masing-masing, sentiasa ikhlas dalam persahabatan.

7 PERKARA PENTING TENTANG SAHABAT SAYA :
Kaunter Aduan dan Pertanyaan
  • Dia boleh menjadi tempat saya meluahkan segala-galanya, tempat saya bertanya apa-apa sahaja. Dia tidak akan merungut walaupun terpaksa menahan telinga mendengar saya membebel
Safety Box
  • Mulutnya akan dikunci rapat-rapat walaupun banyak cerita dan rahsia yang telah saya luahkan, saya boleh percaya 101% dengannya. Rahsia tetap kekal selamat walaupun ada masa nya kami bergaduh
Kipas Susah Mati
  • Dia tak pernah duduk diam bila kami bersua, sentiasa ada cerita yang menceriakan keadaan. Sekali mulut bicara, payah nak cari titik noktahnya.
Tukang Kepoh
  • Setiap hari lahir saya, dia tak pernah lupa untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada saya dan sentiasa menjadi salah seorang yang terawal mengungkapkannya
Cerita Terkini
  • Kami boleh lepak bersama sambil berborak dan bergosip cerita-cerita terkini
Tukang Kritik
  • Dia memang layak jadi juri untuk diri saya..dengan selambe saje dia akan kritik apa-apa sahaja yang tak betul di matanya, yang pelik teguran dia langsung tidak membekas dalam hati saya dan langsung tidak menaikkan kemarahan saya
Jadi Diri Sendiri
  • Saya boleh menjadi diri sendiri tanpa berpura-pura menjadi orang lain, walau siapa pun saya. Dia boleh menerima saya seadanya..
Ceritera kami tak sepanjang mana,wataknya bukan sementara, 
namun ceritera kami amat bermakna, takkan lenyap ditelan masa..

Monday, December 10, 2012

Allah itu Maha Mendengar

Al-kisah seorang lelaki dengan hajatnya.."Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama..namun Allah memberikannya kaktus dan ulat..lelaki ini sedih, tak faham mengapa pemberianNya berbeza daripada permintaannya. Kemudian dia berfikir, Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan...dan dia pun memutuskan untuk tidak mempersoalkannya..Selepas 1 tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan.Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodo dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik..dan daripa ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik, Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...!!Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah..jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain daripada Allah..PERCAYALAH...Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..Apa yang anda pinta..tidak semestinya apa yang diperlukan..Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.DURI hari ini..adalah BUNGA hari esok.Allah mengurniakn pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...

Ranjau Kehidupan Ini



Bertanya aku pada mata, apakah masih ada cahaya, penyuluh di dalam gelita...atau terus meraba dalam sinar yang sirna..Bertanya aku pada telinga, apakah masih ada suara, menganyam irama mesra..atau terus tersua dentuman guruh bencana..Bertanya aku pada hati, apakah masih ada ruang untuk diisi, sejuring warna pelangi..atau sudah dirumbui keladak duka berdaki mati..Bertanya aku pada diri, apakah masih ada hari untuk aku bebas berlari persis angin membelah bumi..atau sedia menanti hamparan onak duri..

Friday, December 7, 2012

~Perlu Kamu~



Bila hati ini berbicara, aku tahu itu kamu..Bila hati ini mendengar, aku tahu itu kamu..Bila hati ini melihat, aku tahu itu kamu..dan bila aku tahu itu kamu, hati ini mula tersenyum dan sesungguhnya hati ini perlu kamu..

Monday, December 3, 2012

Drama Sehangat Asmara (Adaptasi Novel)

Hari ni, tetiba rajin pulak nk ceciter tentang novel Sehangat Asmara...novel Sehangat Asmara akan didramakan dan bakal ditayangkan di Astro Mustika HD..myb ganti citer Adam Hawa lh kan..Novel Sehangat Asmara karya Aisya Sofea nie salah satu novel yang romantis, ayat yang berbunga-bunga dan mnendayu-dayu..jom kita baca sedikit sinopsis novel ni..

Sinopsis :

SEHANGAT ASMARA Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Rita Rudaini sebagai Kamilia Najwa & Adi Putra sebagai Zainal Arief




Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon