Monday, November 19, 2012

~Kau Begitu Indah Di Mataku~


Cinta ini tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta.

Sesiapa pun layak jatuh cinta.Yang pandai menilai, hanyalah hati.
Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta.
Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain,
dia tetap indah di mata kita. Itulah kuasa cinta..
Dalam hati sudah menguntum cinta. Dalam hati juga sudah berbunga sayang.
Kerinduan pun mula terbit di celah-celah mekarnya perasaan.
Kita dipertemukan atas nama sahabat. Bermula sapa-menyapa lantas menjadi teman bicara. Pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupanya membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa kita sedari.

Kerana C.I.N.T.A...

Izinkan aku menjadi sinar yang menerangi hari-harimu

“ Ingin bertanya pada hati, bibir berat berbicara…
Siapa yang bertakhta di hati? Hanya dia…”

No comments:

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon