Thursday, November 22, 2012

Andai Itu Takdirnya

Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuaan
Alhamdulillah.....jumpa pun benda ni, novel yang penuh dengan airmata...hehehe...setelah sekian lama mencari sebagai koleksi, baru hari ini memiliki...tambah berbaloi dapat harga berpatutan coz ada rebate 20%...tq POPULAR...Nak share sikit tentang novel ini, jalan cerita novel ni memang menarik dan akan mengundang airmata si pembaca (yang tak keluar airmata tu myb takde perasaan kot..hehehe)..dari awal cerita hingga nk sampai ending memang takyah cerita le berapa banyak airmata ni menitis..sampai naik bengkak mata..Pendek cerita, novel ni memang menyentuh kalbu dan perasaan.Dan sejujurnyer nk maklumkn bahawa novel ni adalh novel yang SANGAT BESTTTTT...thumb up utk novel ni..tahniah kepada penulis Siti Rosmizah..

Sinopsis :

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."


"Saya telah menjadi balu seblum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."


Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuginya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.


"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

No comments:

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon