Wednesday, November 28, 2012

Cantik Di Mata Suami

" Takpe tak cantik di mata orang, janji cantik di mata suami "...untuk suamiku..terima kasih kerana menerima segala kekurangan diri ini..menyayangiku sepenuh hati..sentiasa ada di belakang ku ketika aku lemah, ketika aku berduka...ketika airmata ini mengalir..ku mohon pada Allah, moga kasih yang kita bina, sayang yang kita semai, cinta yang kita damba tetap mekar mewangi dalam redhaNya...Amin Ya Rabb

Monday, November 26, 2012

SORRY

 To understand me, you have to meet me and be around me.. And then only if I'm in a good mood , don't meet me in a bad mood..

Thursday, November 22, 2012

Andai Itu Takdirnya

Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuaan
Alhamdulillah.....jumpa pun benda ni, novel yang penuh dengan airmata...hehehe...setelah sekian lama mencari sebagai koleksi, baru hari ini memiliki...tambah berbaloi dapat harga berpatutan coz ada rebate 20%...tq POPULAR...Nak share sikit tentang novel ini, jalan cerita novel ni memang menarik dan akan mengundang airmata si pembaca (yang tak keluar airmata tu myb takde perasaan kot..hehehe)..dari awal cerita hingga nk sampai ending memang takyah cerita le berapa banyak airmata ni menitis..sampai naik bengkak mata..Pendek cerita, novel ni memang menyentuh kalbu dan perasaan.Dan sejujurnyer nk maklumkn bahawa novel ni adalh novel yang SANGAT BESTTTTT...thumb up utk novel ni..tahniah kepada penulis Siti Rosmizah..

Sinopsis :

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."


"Saya telah menjadi balu seblum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."


Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuginya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.


"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Tuesday, November 20, 2012

In Shaa Allah, Dengan Izin Mu Ya Allah

SubhanAllah...betapa hati ini, jiwa ini kagum dengan ciptaan Mu...ku mohon padaMu Ya Allah, diberi peluang untuk merasai pengalaman manis ini...In Shaa Allah dengan Izin Mu....Amin Ya Rabb
Perkembangan Bayi


Monday, November 19, 2012

~Kau Begitu Indah Di Mataku~


Cinta ini tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta.

Sesiapa pun layak jatuh cinta.Yang pandai menilai, hanyalah hati.
Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta.
Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain,
dia tetap indah di mata kita. Itulah kuasa cinta..
Dalam hati sudah menguntum cinta. Dalam hati juga sudah berbunga sayang.
Kerinduan pun mula terbit di celah-celah mekarnya perasaan.
Kita dipertemukan atas nama sahabat. Bermula sapa-menyapa lantas menjadi teman bicara. Pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupanya membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa kita sedari.

Kerana C.I.N.T.A...

Izinkan aku menjadi sinar yang menerangi hari-harimu

“ Ingin bertanya pada hati, bibir berat berbicara…
Siapa yang bertakhta di hati? Hanya dia…”

Sunday, November 18, 2012

~Kuih Chang Inti Kacang Tanah & Isi Ayam~

Alhamdulillah....berkat tunjuk ajar daripada kawanku (Kak Mala & Kak Ani) yang tersayang, menjadi jugak akhirnyer kuih chang berintikan isi ayam & kacang tanah ini...Walaupun payah sikit nk lipat daun pandan tu, tapi saya tetap cuba...dan ini lah hasilnyer  (tak ler cantik sangat kan)...tq frenz....emmmuaaahhh....resepi kuih chang yang sangat sedappppp...yummy...hubby pun suka...hehehe...dalam hati rasa bangga pulak. .^_^ inshaAllah, next time nk buat lagi....

Sebelum
baru je nak masak
Siap untuk dimakan ^_^

Saturday, November 17, 2012

~Pray 4 Gaza~


Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu, Kau turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestine, syria dan di mana sahaja umat Islam ditindas, dan Kau hancurkanlah tentera Zionis Laknatullah!

~We Are All Gaza~

Ya Allah, betapa sebaknya hati ini mengenang nasib saudaraku di Gaza Palestine, menitis airmata ini melihat betapa ramai saudaraku terkorban angkara kekejaman rejim Zionis.Ya Allah, Kau selamatkanlah saudara kami di Gaza Palestine dan berikanlah perlindungan kepada mereka...Kau hancurkanlah Yahudi Ibni Zionis Laknatullah dan anjing tentera Israel Laknatullah...Amin Ya Rabb...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu..

Friday, November 16, 2012

~Marhaban Ya Muharram~

Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar
Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita...
Dia tunggu..
Dia Rindu...

Ya Allah, kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga berilah pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dalam usaha untuk mendekatkan diriku kepadaMu..Wahai Tuhan Yang Maha Agong dan Maha Mulia..amin ya rabb~

Catalyst Virgin Coconut Oil/VCO

Ceciter tentang kebaikan Virgin Coconut Oil @ VCO @ Minyak Kelapa Dara ;
  
  •  VCO NIE KELUARAN ORG ISLAM..100% BUMIPUTERA.
  •   YANG PENTING HALAL. 
  • SELAMAT, TIADA PENGGUNAAN BAHAN KIMIA DAN HABA DALAM PROSES PENGHASILAN.
  •  BUKAN UBAT,SO JGN RISAU X DE SIDE EFFECT. 
  • PRODUK VCO NI HALAL & ASLI . DI KOTAK ADA COP HALAL JAKIM , SERIAL NUMBER & COP BUATAN MALAYSIA.


Virgin coconut oil (VCO) CATALYST brand, sejenis supplement utk kulit yg terbaik bg mdptkan kulit yg sihat dan cantik selain menyihatkan tubuh badan..virgin coconut oil CATALYST brand diperbuat dr minyak klapa dara 100% organic dan gred A, dan terdiri drpda 90% lemak tepu yg baik utk kesihatan.


Kebaikan-kebaikan VCO:

  • Menghilangkan parut jerawat & strecthmark
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak & juga kering
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dr sinaran matahari
  • Pengurangan kenaikan jerawat
  • Mempercepat penggantian sel-sel mati dgn yg baru
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengatasi masalah kerosakan gigi
  • Melindungi tubuh drpd kanser payudara & kanser rahim
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
  • Melindungi diri dari serangan osteoporosis
  • Melegakan pernafasan (mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong)
  • Membunuh kulat, bacteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Memperbaiki pencernaan & amp; penyerapan vitamin2
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal, mental
  • PMS akan teratur
  • Mengurangkan berat badan bg seseorang yg ada lebihan lemak sahaja (org kurus sekiranya makan tiada effect, weight tetap maintain)
  • Mengurangkan tidur berdengkur

VCO sgt sesuai diambil oleh:
  • Org yg nak cepat jerawat hilang dan tidak meninggalkan parut
  • Org yg mempunyai masalah muka berminyak
  • Org yg ‘kurus sgt’, dgn pengambilan VCO, anda akan dapat tubuh yg ideal
  • Org yg berbadan besar n byk lemak, kerana VCO blh mengurangkan weight.
  • Org yg ada alahan terutama jenis seafood.
  • Wanita yg ingin hamil kerana VCO ni membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita
  • Wanita yg hamil kerana ibu-ibu yg mengamalkan VCO semasa hamil, inshaALLAH baby tak mudah kena kuning.
  • Wanita yg menyusu kerana VCO membantu memperbanyakan pengeluaran air susu dan dpt menurunkan berat badan
  • Wanita yg mengalami senggugut
  • Wanita yg kitaran haidnya tidak teratur
  • Org yg mengalami masalah pembuangan air besar atau kecil
Kebaikan lain VCO untuk pasangan yg sudah berkahwin : Hubungan suami-isteri :
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.


CARA PENGGUNAAN
nie penggunaaan die..senang je :
makan 2 x sehari pg dan malam...nak kesan baik utk hilangkan parut2, sapu pada tmpat bermasalah ..better sapu ms nk tidur sbb kadar penyerapan paling tggi ms kita tido, then boleh basuh pd esk pg...gunting @ cucuk je dgn jarum pd softgel kat bahagian hujung.

BERAPA BIJI & TAHAN BRAPA LAMA:
satu botol ada 60 kapsul soft gel, makan 2x sehari,pagi dan malam...kalu busy x sempat, boleh ja nak makan 2 biji sekaligus…. sehari mkn 2 biji, so boleh tahan selama sebulan...saya makan 1 biji pagi dan 1 biji malam sebelum tido..hehe :)

~kalau memang harus begitu~

Now.....layan novel "Kalau Memang Harus Begitu" novel Acik Lana yang ketiga....not bad, jalan cerita yang agak menarik..
Sinopsis :


Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera'. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!
Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over' kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon