Sunday, February 12, 2012

Kasihmu Amanahku - In-Team

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Selamat Ulang Tahun Ke-2 ~ 12/02/2012 ~

Alhamdulillah hr ini genap 2 tahun usia pernikahan saya dan suami tersayang. Tiada kata dan madah yang dapat diungkap melainkan rasa syukur pada Allah setelah 2 tahun melalui suka duka bersama.

Buat suami ku yang jauh di mata..Makseh B sbb sepanjang perkenalan kita sehingga lh terjalinnya sebuah ikatan perkahwinan, B banyak bersabar dengan karenah syg, suami yang sentiasa jd teman di kala suka dan duka syg, suami yang bertanggungjawab, ringan tulang dan suami yang sentiasa menceriakan hri2 syg.

Makseh B, sebab sentiasa berusaha untuk membahagiakan syg..walaupun B jauh, tp kasih sayang B sentiasa menemani syg setiap masa

B lah insan kesayangan syg dunia akhirat. Hero syg smpai bila2..

Makseh jugak sebab memilih syg menjadi suri hidup B walaupun pelbagai dugaan dilalui..Syg sayang dan chenta B smpai aher hayat..

Untuk B.." Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 Syg "..doa syg mg jalinan kasih antara kita sentiasa diredhai Allah. Amin~

I Love You So Much Sayang..Emmmmmmmuuuuuaaahhhh~

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon