Friday, February 18, 2011

Mencari Syurga

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191,Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Thursday, February 17, 2011

~Rasullullah yang dirindui~


Zamanmu Muhammad sudah berlalu,
Namamu masih melekat di hatiku,
Tak pernah bersua malah berjumpa,
Hanya doa dan selawat selalu padamu,
Kuharapkan syafaatmu di Mahsyar sana.
Sinar cahayamu tetap kami ingati,
Sepanjang zaman namamu tetap kami hargai,
Kami sayangi mukjizatmu Al Quran yang suci,
Menjadi bukti setia diri kami,
Agama dipelihara, Islam agama kami,
Muhammad ku doakan kau selalu mendoakan kami.
Rasulullah SAW , begitu agung namamu,
Rindu bertemu dengan mu,
Rindu pada suri tauladan yang kau berikan,
Rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu,
Rindu pada kedamaian yang kau ciptakan,
Rasulullah SAW , rindu kami pada pemerintahanmu,
Rasulullah, rindu kami juga pada keadilanmu,
Kami sanjungi pada keimananmu dan ibadahmu.
Umatmu kini Muhammad sering alpa,
Anugerah Allah tidak diharga,
Hubungan denganNya tidak dijaga,
Juga hubungannya denganmu mereka alpa,
Ku berdoa pada Yang Esa,
Moga ada jalan pulang untuk mereka,
Bersama menghayati agamu dan agama kita semua.
Muhammad SAW, aku rindu padamu,
Kasihku untukmu, selawat kukirim untukmu Muhammad,
Sebagai bukti sayangnya daku padamu,
Moga Allah kurnia dan merahmati hubungan ini,
Kau kuhargai, kusayangi lagi kuhormati.
Muhammad, moga suatu saat nanti,
Dapat kubertemu denganmu,
Dengan redha Allah padaku,
Moga dapat kita bersama di sana,
Syurga tempatmu juga moga untukku,
Muhammadku rindu padamu.

..Setahun sudah pun berlalu..


~Ya Allah, tak terasa cepatnye waktu berlalutanpa menoleh ke belakang, menjenguk ke sisisetahun sudah hamba mu ini bergelar isteri..besar sungguh tanggungjawab yang perlu dipikul..Ya Allah, moga hati ini, cinta ini, kasih ini tetap berputik untuk-Mubiar jiwa ini senantiasa perlukan kasih-MuYa AllahKau jadikanlah ikatan kami ini seperti ikatan tasbih..ada awal, tiada penghujungnyadicantum kerana cintaMu, diratib semata-mata kerana kasih padaMuYa Allah, Kau tabahkanlah hati kami dalam menempuh segala dugaan hidup..Kau jauhkanlah kami dari sengketa, dari fitnah dunia..Ya AllahSesungguhnya, kami ini hambaMu yang kerdil..Maka, Kau berikanlah kami kekuatan iman, Kau bukakanlah pintu taubat kepada kami, Kau tetapkanlah cinta kami Ya Allah dalam mencari syurga cintaMuamin~

Ainul Hayat Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon